Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM TERKORBAN, LEBIH 60 CEDERA DALAM RUSUHAN DI IRAQ

DUNIA

ENAM TERKORBAN, LEBIH 60 CEDERA DALAM RUSUHAN DI IRAQ

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya enam warga Iraq, termasuk dua pengawal keselamatan terbunuh dan lebih 60 tercedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan perusuh di ibu kota Baghdad semalam, kata sumber keselamatan dan perubatan.

Agensi Berita Anadolu melaporkan, mangsa yang terlibat semalam ketika pasukan keselamatan cuba untuk menyuraikan mereka yang berada berdekatan di lebuhraya Muhammad al-Qasim, pusat bandar Baghdad, menurut pegawai yang tidak mahu namanya didedahkan.

Terdahulu, pasukan keselamatan menghalang perusuh daripada menuju ke lebuhraya Muhammad al-Qasim bagi mengelakkan penutupan jalan utama yang menghubungkan Baghdad dengan wilayah selatan.

Iraq dilanda rusuhan besar-besaran sejak awal Oktober susulan faktor kemiskinan hidup dan rasuah, memaksa Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi untuk letak jawatan.

Lebih 500 orangvterbunuh dan 17,000 cedera dalam rusuhan itu, demikian menurut Suruhanjaya Iraq. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading