Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AS DIDAKWA CUBA JADIKAN TARAF NEGARA PALESTIN SEBAGAI KANTON YANG DIKUASAI ISRAEL

DUNIA

AS DIDAKWA CUBA JADIKAN TARAF NEGARA PALESTIN SEBAGAI KANTON YANG DIKUASAI ISRAEL

RAMALLAH: Palestin pada Ahad menuduh Amerika Syarikat (AS) cuba menjadikan taraf negara itu pada masa akan datang sebagai kanton yang dikuasai Israel, lapor agensi berita China Xinhua.

“Pentadbiran AS ingin mengubah Palestin kepada kanton-kanton kecil dalam entiti yang berada di bawah kuasa Israel,” kata Hanan Ashrawi, anggota Majlis Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin.

“AS adalah rakan subahat pendudukan Israel di wilayah Palestin, dengan mengambil langkah-langkah unilateral termasuk menggugurkan isu pelarian Palestin, Baitulmaqdis dan menghalalkan aktiviti penempatan yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata perjanjian damai AS, yang dikenali sebagai “Perjanjian Abad Ini,” tidak akan membawa ke arah kedamaian, keselamatan atau kestabilan kerana pentadbiran AS “hanya mengambil kira kepentingan Israel.”

Ashrawi berkata pengumuman berulang kali AS mengenai satu pelan perdamaian adalah percubaan untuk “menghalang mana-mana pihak lain daripada mengemukakan satu inisiatif politik bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel.”

Pada Isnin, Penasihat Keselamatan Negara AS Robert O’Brien berkata pelan damai Timur Tengah yang dinantikan sejak sekian lama mungkin dibentangkan menjelang pilihan raya Israel pada Mac. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading