Connect with us

ALHIJRAH NEWS

FERI KARAM: INDONESIA GIAT KESAN LEBIH 100 MANGSA HILANG DI JAWA

DUNIA

FERI KARAM: INDONESIA GIAT KESAN LEBIH 100 MANGSA HILANG DI JAWA

Pasukan penyelamat Indonesia pada Isnin melancarkan operasi pencarian lebih 100 individu yang hilang selepas sebuah feri karam dibadai laut bergelora, dengan pesawat, kapal tentera laut dan penyelam dikerahkan untuk menjejaki mangsa yang terselamat.

Sumber: AFP

JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia pada Isnin melancarkan operasi pencarian lebih 100 individu yang hilang selepas sebuah feri karam dibadai laut bergelora, dengan pesawat, kapal tentera laut dan penyelam dikerahkan untuk menjejaki mangsa yang terselamat.

Feri Virgo Transport 8, yang menurut pihak berkuasa membawa 213 penumpang dan 30 anak kapal, terputus hubungan dengan syarikat perkapalannya pada awal pagi Ahad selepas berlepas dari Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia yang terletak di Jawa Timur.

Ketua agensi mencari dan menyelamat kebangsaan, Mohammad Syafii pada Isnin berkata, enam mangsa telah disahkan maut manakala 129 yang lain masih hilang.

Sekurang-kurangnya 108 mangsa lain telah berjaya diselamatkan pada hari sebelumnya.

Tambah beliau, lima buah pesawat dan 17 kapal, termasuk kapal perang tentera laut telah dikerahkan untuk membantu operasi pencarian yang akan ditumpukan di kawasan sekitar lokasi feri itu karam.

“Kami akan memaksimumkan operasi pencarian di enam sektor yang telah dibahagikan dengan mengutamakan pencarian mangsa yang terapung,” kata Syafii.

“Kami berharap mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat.”

Beliau menambah, pasukan penyelam dan dron bawah air akan dikerahkan untuk mencari mangsa di dalam dan sekitar bangkai feri yang telah berjaya dikesan oleh pasukan penyelamat.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Dudy Purwagandhi menerusi satu sidang media pada Isnin menjelaskan bahawa feri tersebut tidak membawa muatan berlebihan dan jumlah penumpangnya adalah di bawah kapasiti maksimum iaitu 500 orang.

Kemalangan maritim sering berlaku di Indonesia, sebuah negara kepulauan dengan lebih 17,000 pulau yang banyak bergantung kepada perkhidmatan bot untuk pengangkutan harian dan sektor pelancongan.

Standard keselamatan yang longgar serta cuaca yang tidak menentu merupakan antara punca utama berlakunya bencana sedemikian.

Minggu lalu, sebuah bot laju yang membawa lapan individu, termasuk lima wartawan dari agensi berita tempatan dan antarabangsa, dilaporkan hilang berhampiran gunung berapi Gunung Anak Krakatau di wilayah Banten. Operasi pencarian mangsa bagi insiden tersebut masih diteruskan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading