Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WARGA EMAS MENGAKU TIDAK BERSALAH BUNUH, KERAT SEORANG WANITA

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MENGAKU TIDAK BERSALAH BUNUH, KERAT SEORANG WANITA

Warga emas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dikerat di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar, 11 Februari lalu.

KOTA KINABALU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dikerat di Sepanggar, Februari lalu.

Piluta Samad, 72 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Tertuduh didakwa membunuh Hamidah Husin @ Lisa, 44 tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Kenangan, Jalan Sepanggar, sekitar 6 petang hingga 7 malam pada 11 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan, pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun juga boleh dikenakan hukuman minimum 12 sebatan.

Piluta sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret pada 27 Februari tahun ini, namun tiada pengakuan direkodkan ketika itu.

Kes berkenaan kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 8 September lalu selepas Piluta menjalani penilaian mental atas permintaan pasukan pembelaannya.

Laporan hospital bertarikh 23 Julai mengesahkan Piluta layak dibicarakan dan tidak mengalami sebarang penyakit mental.

Pengarah Pendakwaan Sabah, Naziah Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Samira Khalili mengendalikan pendakwaan, manakala Piluta diwakili Datuk Ram Singh, Joan Goh, Ian Vun, Prem Elmer Ganasan dan Prabjit Singh Gill.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober ini bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading