Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAJAR BEBAS PERTUDUHAN BUNUH RAKAN, DISAHKAN HIDAP SKIZOFRENIA

DALAM NEGARA

PELAJAR BEBAS PERTUDUHAN BUNUH RAKAN, DISAHKAN HIDAP SKIZOFRENIA

Keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati remaja lelaki itu tidak waras ketika kejadian seperti dalam Seksyen 84 Kanun Keseksaan kerana mengalami Skizofrenia sangat serius dan agresif.

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki yang didakwa menikam rakan perempuan sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, hari ini dibebaskan daripada pertuduhan itu dan diarahkan menjalani rawatan psikiatri oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Adlin Abd. Majid mengeluarkan perintah itu selepas mendapati tertuduh tidak waras ketika kejadian akibat Skizofrenia seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 84 Kanun Keseksaan.

Peguamnya, Kitson Fong berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati anak guamnya itu tidak waras ketika kejadian seperti dalam Seksyen 84 Kanun Keseksaan kerana mengalami Skizofrenia.

“Mahkamah menerima hakikat bahawa penama tidak waras dan mengalami skizofernia ketika menikam pelajar perempuan itu pada waktu dan tarikh kejadian,

“Terdapat ketidakwarasan perubatan (medical insanity), justeru ketidakwarasan perundangan (legal insanity) juga berjaya (dibuktikan),” katanya.

Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan pelajar lelaki itu membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan selepas 11 saksi dipanggil memberi keterangan pada 13 Ogos lalu.

Tambah Kitson, keadaan tertuduh disahkan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Dr. Ian Lloyd Anthony menerusi laporan dan keterangan di mahkamah.

“Dia memang disahkan ada skizofrenia yang bebentuk sangat serius dan agresif pada masa itu (sehingga) tertuduh ingat dia bukan diri sendiri dan mendengar suara (untuk melakukan pembunuhan). Itu tidak dinafikan oleh pihak pendakwaan,” ujarnya.

Tertuduh dijangka menjalani rawatan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta sebelum sebarang keputusan pembebasan dibuat dengan perkenan Sultan Selangor mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Untuk rekod, remaja lelaki berusia 14 tahun itu (umur ketika kejadian) didakwa membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di bilik tandas perempuan sebuah sekolah di Bandar Utama di sini antara pukul 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.

Tertuduh mengaku tidak bersalah membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di tandas perempuan SMK Bandar Utama Damansara 4, antara 9.20 pagi hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, sebaliknya Seksyen 97(2) akta sama memperuntukkan kanak-kanak yang disabitkan kesalahan hendaklah ditahan di penjara atas perkenan Raja atau Yang di-Pertua Negeri. –AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading