Connect with us

ALHIJRAH NEWS

“HARI INI ALLAH TUNAI IMPIAN KE TANAH SUCI” – IBU ‘ABANG MINYAK HITAM JALANAN’ BERANGKAT TUNAI UMRAH

DALAM NEGARA

“HARI INI ALLAH TUNAI IMPIAN KE TANAH SUCI” – IBU ‘ABANG MINYAK HITAM JALANAN’ BERANGKAT TUNAI UMRAH

Mohd Yusof Mohd Noor, 31, berkata, impiannya untuk membawa ibu ke Tanah Suci terlunas selepas direzekikan dua tiket umrah yang ditaja oleh stesen televisyen Islamik pertama Malaysia, TV AlHijrah pada 23 April lepas.

SEPANG: “Alhamdulillah, syukur Dia bagi rezeki dalam cara yang lain, terima kasih Ya Allah, terima kasih juga TV AlHijrah, hari ini tertunai impian dan doa.”

Ibu kepada “Abang Minyak Hitam Jalanan” hari ini berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

ARTIKEL BERKAITAN – “MAK MEMANG SUKA TENGOK TV ALHIJRAH” NIAT ABANG MINYAK HITAM JALANAN HADIAHKAN MAK UNTUK TUNAI UMRAH TERCAPAI

Mohd Yusof Mohd Noor, 31, berkata, impiannya untuk membawa ibu ke Tanah Suci terlunas selepas direzekikan dua tiket umrah yang ditaja oleh stesen televisyen Islamik pertama Malaysia, TV AlHijrah pada 23 April lepas.

“Saya dengan isteri ada berbincang jika perniagaan “minyak hitam jalanan” saya berjaya, kami nak bagi mak untuk buat umrah, duit pun kami ada kumpul tapi belum cukup.

“Allah bagi rezeki dengan cara lain, TV AlHijrah jemput saya hadir ke sidang media Aidiladha, dan berikan saya tajaan untuk tunaikan umrah, tapi saya hadiahkan kepada mak saya,” katanya semasa ditemui Berita AlHijrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Sementara itu, ibunya, Zaitun Mohd Yusof, 67, menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah selepas diberikan rezeki oleh anaknya untuk menunaikan umrah.

Pada awalnya, anaknya telah menghubungi dia memaklumkan TV AlHijrah ada menjemput Mohd Yusof untuk menghadiri sidang media sempena Aidiladha lepas.

Katanya, Mohd Yusof tidak menerima sebarang pelawaan dari mana-mana media untuk ditemu ramah, namun Zaitun menyuruh anaknya untuk pergi bagi memenuhi jemputan stesen televisyen itu.

“Dia telefon saya dia cakap, “Mak, ni TV banyak panggil ni mak. TV mana yang nak pergi?” Saya kata, “Mak selalu tengok TV AlHijrah, tiada siaran lain. Pergi saja lah.”.

“Saya tak sangka dan saya bersyukur dan bangga dapat anak saya Mohd Yusof,” katanya.

Sebelum ini video Abang Minyak Hitam Jalanan yang tular membaiki motosikal Dicky tanpa meminta sebarang upah, mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading