GAGAL PATUHI PERINTAH TRIBUNAL PENGGUNA, SYARIKAT PENGENDALI PAKEJ UMRAH DIDENDA
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah didenda RM41,300 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar selepas mengaku bersalah terhadap 13 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada individu yang menuntut wang berjumlah RM169,577 pada 2020.
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah hari ini didenda RM41,300 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah terhadap 13 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada individu yang menuntut wang berjumlah RM169,577 pada 2020. — fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Sebuah syarikat pengendali pakej umrah hari ini didenda RM41,300 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap 13 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik kepada individu yang menuntut wang berjumlah RM169,577 pada 2020.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif mengenakan denda itu setelah pengarah Syarikat Massnizam Group Travel & Tours Sdn Bhd, Mohd Nizam Noh, 50, yang mewakili syarikat itu membuat pengakuan berkenaan.
Syarikat itu didenda RM3,000 bagi 10 pertuduhan dan RM3,300, RM4,500 serta RM3,500 untuk tiga lagi pertuduhan dan waran melevi akan dikeluarkan sekiranya syarikat itu gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan TTPM antara 22 Jan, 17 Feb dan 3 Mac 2020 supaya membayar balik wang berjumlah antara RM6,990 dan RM27,560 dalam tempoh 14 hari kepada 13 individu yang menuntut wang itu.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan dituduh mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhammad Nizam Amer, Saiful Saidin dan Mohd Hilmi Abu Hassan manakala syarikat itu tidak diwakili peguam.
Sementara itu, KPDN Kedah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan syarikat berkenaan juga didenda RM39,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas 13 lagi pertuduhan yang sama kerana gagal mematuhi perintah TTPM untuk membayar semula wang dituntut 13 individu.
Menurut kenyataan itu, syarikat tersebut didenda RM3,000 bagi setiap pertuduhan berkenaan.
Pengarah syarikat itu juga sedang menjalani hukuman penjara selama 14 tahun bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked