Gaza dalam darurat

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Palestin mengisytiharkan darurat selepas pusat pemeriksaan polis di Gaza meletup, kelmarin.
Tentera Israel berkata, mereka tidak melancarkan serangan udara, manakala saksi Palestin memberitahu mereka tidak nampak sebarang pesawat.
Letupan pertama telah merosakkan motosikal yang melalui pusat pemeriksaan, namun tidak dapat disahkan sama ada penumpang dan pembonceng motosikal tersebut mempunyai kaitan dengan letupan tersebut. Dua anggota polis dan seorang orang awam yang berada berdekatan terbunuh.
Bom kedua meletup sejam selepas itu, menyebabkan beberapa anggota polis dan orang awam cedera. Letupan itu juga menyebabkan rumah berhampiran rosak dan darah mereka yang terkorban berhamburan di jalan raya.
Semalam, Israel melancarkan serangan udara terhadap HAMAS selepas pejuang membedil mortar melepasi sempadan. Bedilan dron zionis itu mengenai kemudahan HAMAS di Timur Kem Pelarian al-Bureij, namun tiada kecederaan dilaporkan.