MALANG sungguh nasib rakyat Syria kerana nyawa rakyat negara itu tiada harga jika dibandingkan dengan mereka yang berada di Barat.
Apabila berlaku sahaja insiden tembakan di Ohio, Amerika Syarikat pada awal bulan ini, semua media bertumpu ke situ. Liputannya cukup meluas, dengan reaksi dari peringkat tinggi hingga ke golongan marhaen. Simpati yang diterima mencurah-curah.
Lekaki ini hanya mampu meratap pemergian empat anak lelakinya yang menjadi korban serangan roket yang dilancarkan regim Bashar al Assad ke atas Maarat al Nu’man pada 28 Ogos 2019. FOTO SYRIA CARE
Namun dalam kes pembunuhan di Syria, mereka yang menggelar diri sebagai pembela kemanusiaan dan penentang keganasan tidak pula bersuara bahkan sanggup butakan mata dan pekakkan telinga.
Operasi terbaru regim Bashar al Assad ke atas Maaratu al Nu’man, Idlib, Syria, menyaksikan berpuluh mereka yang tidak berdosa menjadi korban dalam tempoh 24 jam.
Pembunuhan beramai-ramai yang masih berterusan sehingga ke hari ini sedikitpun tidak mengundang simpati daripada mereka yang kononnya memperjuangkan isu kemanusiaan sejagat.
Dalam pembantaian besar-besaran ke atas bandar itu pada 28 Ogos 2019, sekurang-kurangnya 14 nyawa terkorban termasuk kanak-kanak empat beradik dan wanita, manakala lebih 34 lagi cedera.
Sasaran ke atas kawasan penempatan awam membuktikan ia bukan serangan biasa tetapi pembunuhan beramai-ramai yang sememangnya dirancang.
Sasaran ke atas kawasan penempatan awam membuktikan ia
bukan serangan biasa tetapi pembunuhan beramai-ramai yang sememangnya
dirancang.
Mengulas mengenai kejadian itu, Pengarah White Helmets di
Idlib, Abassi Dhekrah berkata, regim
Bashar al Assad menggunakan pesawat Su-24 untuk melancarkan 12 roket yang
dilakukan secara serentak.
Middle East Eye (MEE) melaporkan sejak empat bulan lalu,
lebih 1,000 nyawa telah menjadi korban dan 700,000 pelarian sedia ada terpaksa
bergeladangan ke kawasan utara yang lebih selamat untuk berlindung.
Itu belum tentu selamat kerana sehingga ke hari ini,
tiada satu usaha daripada mana-mana badan dunia atau pemimpin antarabangsa
untuk menghentikan “kegilaan” yang dilakukan ke atas orang awam di utara Syria.
Gambar-gambar ngeri dan tragis hanya setakat berlegar di media sosial dan atas talian. Tiada tindakan sewajarnya diambil. Bagi media utama dan antarabangsa pula, hanya menyiarkannya sesekali sahaja, bukan meletakkannya dalam tajuk utama.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked