AGAK memeranjatkan apabila
Pesuruhanjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski mendedahkan
terdapat 33,000 rakyat Malaysia yang memohon status pelarian di Australia pada
ketika ini.
Tidak menghairankan jika rakyat
Malaysia membuat permohonan untuk berhijrah ke Australia kerana negara tersebut
merupakan antara destinasi negara popular untuk menetap. Setakat ini terdapat
lebih dari 180,000 rakyat Malaysia yang telah menetap di Australia melalui
proses penghijrahan. Malah rakyat Malaysia merupakan kesembilan terbesar dalam
kumpulan pendatang di Australia.
Secara asasnya, jumlah rakyat sesebuah negara yang memohon status pelarian di negara asing adalah manifestasi adanya kemudaratan di negara asal mereka.
Terdapat 33,000 rakyat Malaysia yang memohon status pelarian di Australia pada ketika ini. GAMBAR HIASAN
Ini adalah kerana individu yang mempunyai status pelarian lazimnya bertindak meninggalkan negara asal untuk mengelak kemudaratan, sama ada kemudaratan dari faktor ekonomi, politik atau bencana semula jadi. Contohnya, rakyat Myanmar keturunan Rohingya berhijrah ke Malaysia kerana mereka diperlaku dengan kejam di negara asal mereka.
Menjadi kemusykilan apakah ada kebenaran statistik yang didedahkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Australia itu, kerana angka 33,000 mengambarkan keadaan negara yang tidak selamat bagi kumpulan yang membuat permohonan status pelarian tersebut.
Ini adalah kerana permohonan status pelarian ini bersamaan dengan permohonan perlindungan dari ancaman atau lebih dikenali sebagai permohonan suaka dan Australia diminta untuk menyediakan perlindungan tersebut.
Tetapi rupa-rupanya rakyat Malaysia yang teringin menjadi pelarian di Australia itu sebenarnya bukan lari dari kemudaratan di Malaysia, tetapi telah berada di Australia melebihi dari apa yang ditetapkan dalam visa mereka.
Untuk mengelak pihak berkuasa Australia mengusir mereka keluar secara perundangan, permohonan status pelarian dan suaka dibuat. Ini kerana mengikut perundangan migran Australia, pemohon status pelarian tidak boleh diusir selagi keputusan permohonan tersebut dalam proses penelitian.
Lompong perundangan migran Australia ini telah disalah guna demi untuk kepentingan diri sendiri. Senario sebegini menyusahkan pihak berkuasa Australia kerana agak sukar untuk mereka membezakan permohonan yang ada asas dengan permohonan yang tidak sepatutnya berlaku.
Lompong perundangan migran
Australia ini telah disalah guna demi untuk kepentingan diri sendiri. Senario
sebegini menyusahkan pihak berkuasa Australia kerana agak sukar untuk mereka
membezakan permohonan yang ada asas dengan permohonan yang tidak sepatutnya
berlaku.
Malaysia juga mendapat tempias yang
tidak baik kerana secara sekilas pandang terhadap angka permohonan status
pelarian rakyat Malaysia yang begitu besar, sudah pasti ia akan memberi
persepsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena di negara kita. Rakyat Malaysia
yang terbabit ini besar kemungkinan tidak mahu menetap di Australia
selama-lamanya tetapi mencuri peluang dari kelompongan itu untuk tinggal dan bekerja
secara tidak sah dalam jangka masa yang lebih lama.
Fenomena ini bukan sahaja memberi
persepsi yang tidak betul mengenai keadaan sebenar di Malaysia, tetapi besar
kemungkinan kerajaan Australia akan mengambil tindakan susulan untuk mengekang
salah guna proses permohonan status pelarian ini. Ini kerana permohonan visa
Australia untuk rakyat Malaysia dilakukan di atas talian dan kelulusannya
adalah cepat dan mudah.
Kemudahan ini dianggap sebagai
keistimewaan yang disediakan oleh Australia kepada rakyat Malaysia bermula dari
tahun 1990 lagi. Apakah Canberra akan mengetatkan lagi proses permohonan visa
rakyat Malaysia selepas ini demi untuk mengelak terlalu ramai yang berada di
Australia melebihi had yang dibenarkan dalam visa? Ada kemungkinannya ia akan
terjadi.
Ramai daripada pendatang di Australia memohon status pelarian kerana telah berada di sana melebihi ketetapan visa. GAMBAR HIASAN
Jika ini berlaku, perbuatan
segelintir rakyat Malaysia yang hanya mementingkan diri sendiri itu akan
menyusahkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain kerana Australia adalah
antara destinasi popular untuk rakyat Malaysia melancong.
Tetapi menarik juga apabila Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Marzuki Yahya mendedahkan dari Julai 2018 hingga April 2019 terdapat 4,973 permohonan visa perlindungan (berbeza dengan visa melancong atau perniagaan) dari rakyat Malaysia.
Di antara sebab popular mengapa visa perlindungan dipohon oleh kumpulan rakyat Malaysia ini antaranya ialah kerana tekanan keluarga dan juga amalan diskriminasi disebabkan status bangsa dan agama masing-masing.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager