Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAZA DISERANG LAGI, 10 MAUT

DUNIA

GAZA DISERANG LAGI, 10 MAUT

Sebuah apartmen antara yang musnah akibat dibom dalam serangan terbaharu tentera Zionis Israel ke atas Gaza.
Foto: AFP

GAZA, PALESTIN: Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan entiti penjajah, Israel ke atas Gaza, sebentar tadi.

Sehingga berita ini ditulis, sekurang-kurangnya 10 kematian dilaporkan, namun angka itu diramal meningkat.

Wartawan tempatan, Muhammad Smiry dalam ciapan Twitternya melaporkan kematian turut membabitkan seluruh ahli dalam sebuah keluarga, termasuk tiga kanak-kanak.

Memetik ciapan-ciapan Twitter rakyat Gaza lain, serangan tentera Zionis bertumpu di Khan Younis, manakala kediaman di Rafah turut menjadi sasaran serangan udara.

Serangan bertalu-talu bermula sekitar jam 2 pagi tadi waktu Gaza.

Terdahulu, tentera penjajah dilapor mengumum untuk melancarkan kempen ketenteraan ke atas Gaza. Manakala di lama-laman sosial, tanda pagar #GazaUnderAttack mula tular.

Kira-kira seminggu lalu, Israel menyerang Gaza dipercayai sebagai tindakbalas ekoran kematian Sheikh Khader Adnan, tahanan penjara Israel yang meninggal dunia selepas mogok lapar selama 87 hari. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading