ISRAEL SERANG GAZA SEBELUM 2 MAC DEPAN?

KUALA LUMPUR: Rejim zionis Israel mungkin melancarkan operasi tentera dalam skala besar terhadap wilayah konflik Gaza sebelum 2 Mac depan.

Bercakap dalam temubual dengan stesen TV, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, jika serangan roket berterusan dari Gaza, pihaknya boleh melancarkan operasi “skala besar” ke atas wilayah Palestin itu sebelum pilihan raya Israel pada 2 Mac depan.

Serangan ke atas Gaza, wilayah Palestin, adalah “skrip biasa” yang digunakan Netanyahu untuk mengekalkan sokongan pada pilihan raya negara haram itu.

Operasi tentera rejim Israel yang menjajah wilayah Palestin sejak 1948 boleh dilihat pada akhir tahun 2008, 2012 dan 2014 ke atas Gaza yang dikuasai Hamas.

Hamas dipilih rakyat Palestin di Gaza melalui pilihan raya 2007, namun Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) tidak mengiktiraf pilihan warga Palestin itu.

Sejak itu, wilayah Gaza dikepung dari darat, udara dan laut menyebabkan dua juta populasinya mengalami krisis kemanusiaan teruk. — AlHijrah Online

Leave a Reply