Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA RAKYAT MALAYSIA PULANG DARI WUHAN POSITIF KORONAVIRUS

DALAM NEGARA

DUA RAKYAT MALAYSIA PULANG DARI WUHAN POSITIF KORONAVIRUS

PUTRAJAYA: Dua daripada 107 individu, yang tiba di tanah air Selasa pagi dari Wuhan, China menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) digerakkan kerajaan Malaysia, disahkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia kepada 12. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes terbaharu ini melibatkan dua warga Malaysia iaitu seorang lelaki berusia 45 tahun dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun. 

“Kedua-dua mereka (bapa dan anak) tidak menunjukkan sebarang gejala koronavirus ketika dibawa pulang dan disahkan positif di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai di Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media harian perkembangan 2019-nCoV di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata kedua-duanya kini dirawat di wad isolasi di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. 

Selain anak lelakinya, lelaki itu pulang bersama isteri dan seorang lagi anak perempuan mereka. — BERNAMA 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading