Para pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN menggesa gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berkesan dan cekap, serta penghantaran tanpa halangan bahan api, makanan, dan ubat-ubatan ke seluruh Gaza.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC), hari ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman (tengah). –fotoBERNAMA
RIYADH: Para pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ASEAN menggesa gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berkesan dan cekap, serta penghantaran tanpa halangan bahan api, makanan, dan ubat-ubatan ke seluruh Gaza.
Menurut kenyataan bersama GCC dan ASEAN semasa Sidang Kemuncak GCC-ASEAN pada 20 Okt, para pemimpin telah bertukar pandangan dan menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap perkembangan di Asia Barat.
Mereka mengutuk semua serangan terhadap orang awam, dan menggesa semua pihak dalam konflik supaya melindungi orang awam, mengelak daripada mensasarkan mereka, dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutama prinsip dan peruntukan Konvensyen Geneva Berkaitan Perlindungan Orang Awam pada Masa Perang 12 Ogos 1949.
Mereka menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan dan tahanan awam, terutama wanita, kanak-kanak, orang sakit dan warga tua, menurut kenyataan bersama yang disediakan di laman sesawang Saudi Press Agency (SPA).
Para pemimpin menggesa semua pihak berkaitan supaya berusaha ke arah penyelesaian damai bagi konflik itu dengan tujuan merealisasikan penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan sebelum 1967 mengikut undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang berkaitan.
Pemimpin kedua-dua blok itu juga bersetuju untuk menyokong inisiatif Arab Saudi, Kesatuan Eropah dan Liga Negara Arab untuk menghidupkan semula proses damai Asia Barat dengan kerjasama Mesir dan Jordan, dan menyelesaikan pertikaian Israel-Palestin mengikut undang-undang antarabangsa serta semua resolusi PBB mengenai konflik ini.
Sidang Kemuncak pertama itu, menghimpunkan dua blok terkemuka yang terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN dan enam anggota GCC – Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Oman. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Let’s unite to help each other rebuild relations in the Islamic world… let’s rebuild Islamic relations throughout the world so that they cannot redeem our unity.. let’s unite to achieve success.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Anonymous
21 October 2023 at 12:43 AM
Let’s unite to help each other rebuild relations in the Islamic world… let’s rebuild Islamic relations throughout the world so that they cannot redeem our unity.. let’s unite to achieve success.