Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA AHLI DEWAN MUSLIMAT PAS MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA

DALAM NEGARA

TIGA AHLI DEWAN MUSLIMAT PAS MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA

Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut dalam kemalangan semasa dalam perjalanan dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Behrang, petang tadi

KUALA LUMPUR: Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut dalam kemalangan semasa dalam perjalanan dari menghadiri Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Behrang, petang tadi

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa merupakan perwakilan daripada Muslimat PAS Sungai Petani, Kedah.

“Dengan keberkatan hari Jumaat, dukacita dimaklumkan Ustazah Taibah Sulaiman (Ketua Dewan Muslimat PAS Sungai Petani), Nor Fatihah Nabilah Bukri (Ketua Ameerah Sungai Petani ) dan Najihah Amzi (Penolong Setiausaha 1 Dewan Muslimat PAS Sungai Petani) telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan seusai Muktamar PAS Pusat di Shah Alam.

“Semoga mereka semua ditempatkan di syurga-Nya. Amin,” katanya.

AlHijrah Online setakat ini masih menunggu laporan polis berhubung kejadian. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading