Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEJALA ISLAMOFOBIA PERLU DITANGANI SECARA TUNTAS, BERKESAN – PM ANWAR

DALAM NEGARA

GEJALA ISLAMOFOBIA PERLU DITANGANI SECARA TUNTAS, BERKESAN – PM ANWAR

KUALA LUMPUR: Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada xenofobia dan kejahilan, di samping membetulkan kaedah pengajaran Islam.

Perdana Mentei Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara seperti Azerbaijan, Bosnia, England dan Turkiye di Seri Perdana lewat petang semalam. — FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Gejala Islamofobia perlu ditangani secara tuntas dan berkesan dengan melibatkan usaha pelbagai pihak bagi meluruskan persepsi yang berakar daripada xenofobia dan kejahilan, di samping membetulkan kaedah pengajaran Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pandangan itu disepakati pada pertemuan dan wacana beliau bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara seperti Azerbaijan, Bosnia, England dan Turkiye di Seri Perdana, Putrajaya petang semalam.

“Perbincangan adalah bagi mengupas pelbagai perkara terkait permasalahan umat yang kian meruncing.

“Usaha memupuk empati dan persefahaman antara agama dan budaya berbeza harus terus dimantapkan dan akan didukung kerajaan,” kata Anwar dalam catatan menerusi Facebook hari ini.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pemikir Pusat Dasar Pascanormal dan Kajian Masa Hadapan (CPPFS), International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan ISTAC-IIUM atas kerja keras yang dilakukan dalam memastikan usaha bersama tidak sekadar berlegar dalam forum atau persidangan, tetapi turut mengambil langkah konkrit berdepan dengan sistem menerusi pendidikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading