GEMPA BUMI KUAT DI UTARA SUMATRA, SEMENANJUNG MALAYSIA TURUT RASAI GEGARAN

KUALA LUMPUR: Kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud telah berlaku di Utara Sumatra Indonesia hingga menyebabkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia turut merasai gegarannya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata kenyataan MET Malaysia.

Di media sosial, ramai warga net di Semenanjung Malaysia memaklumkan merasai gegaran.

Video dan gambar langkah-langkah keselamatan yang diambil dengan keluar dari bangunan turut dikongsi warga media sosial. – AlHijrah Online

Leave a Reply