Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KRISIS UKRAINE-RUSIA: 137 WARGA UKRAINE TERKORBAN

DALAM NEGARA

KRISIS UKRAINE-RUSIA: 137 WARGA UKRAINE TERKORBAN

Sumber Gambar: AFP

KYIV: Seramai 137 warga Ukraine terkorban sementara 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dalam krisis Rusia-Ukraine.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

“Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam,” katanya seperti dilapor AFP.

Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi Khamis.

Lapor Interfax Ukraine, serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan.

Wartawan AFP turut mengesahkan mendengar letupan di Odessa dan Mariupol, disusuli bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.

Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Rusia.

Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading