RAKYAT MALAYSIA DI UKRAINE AKAN DIBERI PERLINDUNGAN, TEMPAT SELAMAT – ISMAIL SABRI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, Ukraine akan berusaha memberikan perlindungan serta menyediakan tempat selamat untuk 11 rakyat Malaysia yang berada di negara dilanda konflik itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimaklumkan seramai 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih di sana.

ARTIKEL BERKAITAN – KRISIS UKRAINE-RUSIA: DAKWAAN BEBERAPA LETUPAN BERLAKU DI UKRAINE

Katanya, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Kerajaan dukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine.

“Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tersebut,” menerusi ciapannya, hari ini.–AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply