Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KRISIS UKRAINE-RUSIA: DAKWAAN BEBERAPA LETUPAN BERLAKU DI UKRAINE

DUNIA

KRISIS UKRAINE-RUSIA: DAKWAAN BEBERAPA LETUPAN BERLAKU DI UKRAINE

Kepulan asap di kawasan berhampiran bandar Chasiv Yar di wilayah Donetsk, Ukraine. Sumber Gambar: REUTERS

KRAMATORSK: Beberapa siri letupan berlaku di ibu negara Ukraine, Kyiv termasuk bandar Kramatorsk di wilayan Donbas, hari ini.

Ia susulan Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas akan dilaksanakan di Donbas.

ARTIKEL BERKAITAN – RAKYAT MALAYSIA DI UKRAINE AKAN DIBERI PERLINDUNGAN, TEMPAT SELAMAT – ISMAIL SABRI

Lapor agensi Anadolu, letupan juga dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, Mariupol, Mykolaiv dan Odessa.

Bandar Kramatorsk kini menjadi tumpuan media asing untuk mengikuti perkembangan terkini di wilayah itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan Ukraine, “serangan sudah bermula,” dan letupan itu didakwa berpunca daripada “serangan peluru berpandu”.

Bagaimanapun, setakat ini tiada butiran lanjut mengenai kematian dan kecederaan akibat letupan itu sementara kenyataan rasmi mengenai penempatan tentera Rusia di wilayah yang dikawal puak pemisah pro-Rusia masih belum diperoleh.

Terdahulu, Ukraine mengisytiharkan darurat semalam dan menggesa semua rakyatnya yang berada di Rusia supaya segera pulang ke negara ini.

Moscow pula mula memindahkan kedutaannya di sini ketika krisis antara kedua-dua negara terus memuncak.

Insiden pertempuran antara pasukan tentera Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia juga dilaporkan semakin sengit di timur negara ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading