Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA DI GAZA BAWA ‘HARAPAN YANG SANGAT DIPERLUKAN’- IOM

DUNIA

GENCATAN SENJATA DI GAZA BAWA ‘HARAPAN YANG SANGAT DIPERLUKAN’- IOM

Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa “harapan yang amat diperlukan” ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan.

Sumber Gambar: AFP

ISTANBUL: Agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas di Gaza membawa “harapan yang amat diperlukan” ketika jeda dalam pertempuran bermula pada Ahad berikutan konflik selama 15 bulan, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Gencatan senjata di Gaza membawa harapan yang amat diperlukan, menawarkan peluang untuk menyatukan semula keluarga dan mula membina semula kehidupan yang hancur,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), Amy Pope di X.

Beliau berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah “amat besar,” dan menyeru usaha yang “mendesak dan bersatu” serta sokongan berskala besar di semua peringkat.

Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan itu berkuat kuasa pada 0915GMT Ahad, tertangguh daripada jadual asal pada 0630GMT selepas Israel menuduh Hamas melengahkan pembebasan senarai tawanan.

Serangan tanpa henti Israel 7 Okt 2023 telah memusnahkan Gaza, dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan hampir 47,000 kematian dan lebih 110,700 kecederaan, kebanyakannya melibatkan wanita dan kanak-kanak. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading