Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA GAZA BERMULA 8.30 PAGI AHAD – QATAR

DALAM NEGARA

GENCATAN SENJATA GAZA BERMULA 8.30 PAGI AHAD – QATAR

Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.

Gambar: AFP

ANKARA: Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.

“Seperti yang telah diselaraskan oleh pihak-pihak dalam perjanjian dan para perantara, gencatan senjata di Gaza akan bermula pada 8.30 pagi Ahad, 19 Jan waktu tempatan di Gaza,”  menurut Jurucakap Kementerian Majed Al-Ansari menerusi hantaran di platform X.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga, berhati-hati dan menunggu arahan daripada sumber rasmi.  

Qatar mengumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa pada Rabu sebagai usaha menamatkan lebih 15 bulan serangan maut Israel di Gaza, dengan gencatan senjata dijadualkan bermula pada Ahad.  

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, sejak 7 Oktober 2023, hampir 46,900 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 110,600 lagi cedera akibat perang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading