Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOS PEMBANGUNAN SEMULA GAZA DIANGGARKAN US$1 TRILION – ANWAR

DUNIA

KOS PEMBANGUNAN SEMULA GAZA DIANGGARKAN US$1 TRILION – ANWAR

Pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion.

Sumber Gambar: AFP

LONDON: Pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

“Ada yang anggarkan kos sebanyak US$1 trilion,” kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke United Kingdom.

Anwar berkata Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.

Pada Rabu diumumkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa yang diusahakan Mesir, Amerika Syarikat dan Qatar, berkuat kuasa Ahad ini dan menyasarkan untuk menamatkan konflik 15 bulan di Gaza.

Pada Khamis, Anwar berkata walaupun pembinaan semula menjadi keutamaan, kehilangan nyawa lebih 46,700 rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal perlu turut diakui dan tidak boleh dilupakan.

Anwar dalam rangka kerja lawatan ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading