Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA SUSPEK TERLIBAT KES PUKUL OKU DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

TIGA SUSPEK TERLIBAT KES PUKUL OKU DITAHAN POLIS

Semalam tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.

CHUKAI: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata tiga lelaki termasuk seorang peniaga berusia 18 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini ketika hadir memberi keterangan.

Beliau berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan daripada semua aspek, dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Kita turut menasihatkan keluarga mangsa supaya lebih peka dan memantau mangsa dengan baik supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Semalam tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki yang berusia 47 tahun yang menunggang motosikal terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan terjatuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading