GURU DIDAKWA BUAT KENYATAAN TIMBULKAN KEGENTARAN AWAM BERHUBUNG KEMATIAN ZARA QAIRINA
Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan mendakwa Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
SEPANG: Seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan mendakwa Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Wanita itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam di akaun TikTok miliknya “SHA_Abrienda” pada 1.20 petang, 6 Ogos lepas.
Kenyataan itu dilihat dan didengar oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 (T2) di sini.
Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadia Mohd Izhar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Mohamad Zaiful Bahrin Kamde yang mewakili Siti Hajar Aflah memohon jaminan rendah iaitu RM3,000, atas alasan anak guamnya merupakan ibu tunggal yang menanggung tiga anak masih bersekolah dan ibu bapa yang sudah uzur.
“Anak guam berkhidmat sebagai guru di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pendapatan RM5,000 sebulan.
“Dia juga menanggung tiga anak berusia 10, 11 dan 12 tahun dan ibu bapa masing-masing berumur 65 dan 66 tahun yang mana ibunya pesakit strok ringan,” katanya.
Mohamad Zaiful berkata anak guamnya juga telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa ketika siasatan dijalankan dan menyerahkan diri ke balai polis, selain bukan seorang yang berisiko melarikan diri.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Okt untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Limauan, Sabah, ditemukan tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah itu pada 4 pagi, 16 Julai, sebelum disahkan meninggal dunia selepas sehari dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Namun, tular di media sosial dengan dakwaan kononnya mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh, sehingga menimbulkan kebimbangan awam serta memberi tekanan emosi kepada keluarga Zara Qairina serta mengganggu proses siasatan polis.
Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata guru Bahasa Inggeris itu ditahan kerana memuat naik kandungan TikTok mendakwa Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh dan guru itu mengakui ia hanyalah untuk membuat kandungan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked