SYARIKAT LUAR DILANTIK TH HANYA BERI PERKHIDMATAN, KEPUTUSAN DASAR KEKAL DITENTUKAN KEPIMPINAN TH
Syarikar luar yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) hanya berperanan untuk memberikan perkhidmatan dan tidak terlibat dalam perkara dan urusan dasar TH.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata strategi dan keputusan akhir adalah terletak kepada kepimpinan TH.
KUALA LUMPUR: Syarikat luar yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH) hanya berperanan untuk memberikan perkhidmatan dan tidak terlibat dalam perkara dan urusan dasar TH.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata strategi dan keputusan akhir adalah terletak kepada kepimpinan TH.
“Saya ingin menegaskan bahawa TH melalui proses rundingan terus yang ketat telah memilih konsortium gabungan syarikat-syarikat perunding yang memiliki kepakaran berbeza berdasarkan keperluan khusus bagi menyusun semula strategi untuk memberi nafas baharu kepada institusi terutamanya fungsi tabungan bagi menangani kedudukan simpanan yang rendah dikalangan pendeposit.
“Rundingan terus merupakan kaedah perolehan yang dibenarkan dalam keperluan tertentu, terutamanya bagi perkhidmatan strategik yang memerlukan kepakaran khusus seperti khidmat perundingan strategik, tinjauan dan kajian pasaran, dan lain-lain perkhidmatan yang tidak dapat diperolehi melalui proses tender biasa dengan tujuan untuk memelihara kepentingan pendeposit TH,” katanya ketika pertanyaan Waktu Menjawab Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang bertanyakan adakah amalan perolehan secara runding terus masih diamalkan oleh agensi Tabung Haji, satu badan berkanun di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Jelas Mohd Na’im kaedah perolehan yang dilaksanakan di Lembaga Tabung Haji melibatkan proses tender atau rundingan terus, di mana kebanyakan perolehan dilakukan melalui proses tender.
Sementara itu Mohd Na’im berkata beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan TH dalam urusan dan pelan pembangunan syarikat itu demi kebaikan bakal jemaah dan pendeposit.
“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Tabung Haji, buat kesian kalinya ingin saya nyatakan bahawa saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan TH iaitu Pengerusinya, Tan Sri Rashid Hussain, seorang tokoh korporat yang terbukti ketokohannya, dalam urusan ‘execution’, dan saya mendapati penjelasan berkaitan runding terus TH kepada syarikat terbabit mempunyai kewajaran dan justifikasi yang munasabah,” katanya.
Beliau dalam pada itu berharap semua pihak membantu Kerajaan dalam usaha memelihara Tabung Haji.
“Janganlah sehingga perbahasan kita menyebabkan rakyat hilang keyakinan, lalu terdorong untuk mengeluarkan wang simpanan mereka,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked