Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU MAUT DIREMPUH LORI

DALAM NEGARA

GURU MAUT DIREMPUH LORI

MELAKA: Seorang guru wanita maut selepas dipercayai dirempuh lori di Simpang Tiga Alor Gajah Lama, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tinggal, hari ini.

Mangsa, Sakura @ Muna Sakura Muhammad Perang, 54 yang merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, DSP Hasan Basri Yahya berkata, mangsa memandu sebuah kereta jenis Honda City dari arah Alor Gajah ke SMK Durian Tunggal sebelum dirempuh sebuah lori jenis Hino 700 yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun hingga menyebabkan kenderaan mangsa terseret sejauh 6.2 meter.

Tambahnya, rempuhan tersebut menyebabkan mangsa yang bersendirian itu tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

“Kemalangan berlaku ketika lori terbabit dalam perjalanan dari arah Krubong ke arah Nyalas.

“Setiba di Simpang Tiga Alor Gajah Lama, mangsa telah keluar dari simpang itu dan membelok ke arah kanan dan dalam masa sama lori terbabit tiba di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan kenderaan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah dan kenderaan terlibat ditahan untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading