Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAJLIS KAHWIN DIBENAR, LARANGAN KKM HANYA BERKAIT DENGAN PILIHAN RAYA

DALAM NEGARA

MAJLIS KAHWIN DIBENAR, LARANGAN KKM HANYA BERKAIT DENGAN PILIHAN RAYA

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan majlis perkahwinan diadakan sementara aktiviti, perhimpunan, majlis sosial berkaitan pilihan raya sahaja tidak dibenarkan.

Terdapat beberapa warga net yang keliru dengan larangan yang dinyatakan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menganggap ia akan melibatkan majlis perkahwinan yang perlu ditangguh buat beberapa kali.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan larangan yang dinyatakan KKM hanya terpakai bagi aktiviti yang berkaitan dengan pilihan raya.

“Kepada yang telah merancang majlis kahwin, teruskan. Jika anda dalam negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), sila ikut prosedur operasi standard (SOP) yang tertera.

“Larangan yang dinyatakan dalam kenyataan KKM hanya untuk aktiviti, perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan dengan pilihan raya,” menerusi ciapannya di Twitter.

Semalam, KKM memaklumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya, berkuat kuasa pada hari ini, 25 Oktober.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading