Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU, PAKAR SAKIT PUAN ANTARA KAKITANGAN PBB TERBUNUH DI GAZA

DUNIA

GURU, PAKAR SAKIT PUAN ANTARA KAKITANGAN PBB TERBUNUH DI GAZA

Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang Rabu, antaranya lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan.

Sumber Gambar: AFP

GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza telah membunuh 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada petang Rabu, antaranya lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).

Sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka, kata UNRWA.

Pada sebelah pagi, pertubuhan itu telah melaporkan sembilan kematian dalam kalangan kakitangan PBB.

Agensi bantuan itu mengulangi bahawa orang awam mesti dilindungi sebagai prinsip dalam konflik. 

“Kami menggesa agar pertempuran ditamatkan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa orang awam,” kata agensi bantuan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading