Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA PALESTIN AMAT HARGAI BANTUAN & SOKONGAN BERTERUSAN MALAYSIA

DALAM NEGARA

WARGA PALESTIN AMAT HARGAI BANTUAN & SOKONGAN BERTERUSAN MALAYSIA

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyerahkan sumbangan awal RM1 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin kepada Walid Abu, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk Palestin akibat konflik tersebut.

KUALA LUMPUR: Kedutaan Palestin di Malaysia berterima kasih kepada kerajaan negara ini atas sokongan teguh tidak berbelah bagi terhadap rakyat wilayah itu susulan konflik terkini di Semenanjung Gaza. 

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata sokongan berterusan Malaysia buat rakyat Palestin bukan sesuatu yang baharu sekalipun dunia bersikap menutup mata terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk wilayah itu sejak berdekad lalu.

“Malaysia sentiasa memberikan sokongan dan menzahirkan semangat persaudaraan sama ada di peringkat domestik, serantau mahupun antarabangsa. Bagi pihak berkuasa Palestin, rakyat kami serta komuniti di Gaza dan Tebing Barat, Baitulmuqaddis, kami berterima kasih kepada Malaysia.

“Kami sangat hargai sokongan itu dan berdoa kepada Allah SWT agar melindungi Malaysia, memastikan ia kekal aman dan bersatu. Insya-Allah, kami akan raikan kalian di (Masjid) al-Aqsa suatu hari nanti. Terima kasih banyak Malaysia,” katanya pada persidangan media di lobi Parlimen hari ini.  

Sebelum itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyerahkan sumbangan awal RM1 juta daripada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin kepada Walid Abu, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk Palestin akibat konflik tersebut.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading