Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HAMAS BAKAL BUBAR BADAN PENTADBIRAN GAZA?

DUNIA

HAMAS BAKAL BUBAR BADAN PENTADBIRAN GAZA?

Kumpulan Hamas dilaporkan sedang bersedia untuk membubarkan badan yang telah mentadbir Semenanjung Gaza selama hampir dua dekad, menurut pegawai kumpulan itu pada Isnin, sekali gus memberi laluan kepada jawatankuasa teknokrat Palestin untuk melaksanakan pemerintahan awam.

Sumber: AFP

GAZA CITY: Kumpulan Hamas dilaporkan sedang bersedia untuk membubarkan badan yang telah mentadbir Semenanjung Gaza selama hampir dua dekad, menurut pegawai kumpulan itu pada Isnin, sekali gus memberi laluan kepada jawatankuasa teknokrat Palestin untuk melaksanakan pemerintahan awam.

Tindakan tersebut menandakan anjakan politik yang ketara bagi Hamas, yang telah mentadbir Gaza sejak tahun 2007.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Oktober lalu antara Hamas dan Israel, kumpulan itu berulang kali menyatakan kesediaan untuk berundur daripada urusan pentadbiran harian, namun isu rumit mengenai pelucutan senjatanya masih belum diselesaikan.

“Pergerakan ini telah memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa kerajaan Gaza dan melantik tokoh yang diterima di peringkat nasional untuk menyelia kerja jawatankuasa tersebut, sehinggalah Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza mengambil alih tanggungjawabnya secara rasmi,” kata seorang pegawai Hamas kepada AFP yang enggan namanya didedahkan.

Pejabat media Hamas di Gaza turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan satu sidang media penting pada Isnin, tanpa memberikan butiran lanjut.

Pengunduran Hamas itu membuka jalan kepada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), yang diketuai oleh pegawai Palestin Ali Shaath, untuk memikul tanggungjawab pentadbiran.

NCAG telah ditubuhkan oleh Lembaga Keamanan yang dibentuk oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika beliau menjadi pengantara bagi gencatan senjata antara Hamas dan Israel pada Oktober lalu.

Fasa pertama telah melibatkan pembebasan tebusan terakhir Israel yang ditahan oleh Hamas, sebagai pertukaran dengan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.

Peralihan kepada fasa kedua yang melibatkan pelucutan senjata Hamas serta pengunduran berperingkat tentera Israel dari Gaza telah tertangguh selama beberapa bulan.

Tentera Israel sebaliknya telah meluaskan kehadiran mereka di wilayah berkenaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan mengawal hampir 70 peratus kawasan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading