Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS NAFI KETUA SAYAP TENTERA MOHAMMED DEIF TERKORBAN

DUNIA

HAMAS NAFI KETUA SAYAP TENTERA MOHAMMED DEIF TERKORBAN

Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa laporan terbabit tidak benar dan menggesa semua media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional.

TEHRAN: Kumpulan Palestin, Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa ketua sayap tentera kumpulan itu Mohammed Deif telah terbunuh, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bahawa laporan terbabit tidak benar dan menggesa semua media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional.

Reaksi itu timbul selepas Asharq al-Awsat, yang memetik sumber Hamas, mendakwa bahawa pergerakan itu mengesahkan Deif terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

Deif merupakan pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.

Rejim Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif terbunuh dalam serangan udara di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, dua minggu sebelumnya.

Serangan itu merupakan percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading