Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RANGKA DAN TULANG MANUSIA DITEMUKAN DI KEBUN DURIAN

DALAM NEGARA

RANGKA DAN TULANG MANUSIA DITEMUKAN DI KEBUN DURIAN

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

BALIK PULAU: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di kawasan kebun durian di Jalan Besar Pulau Betong di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

“Siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan lokasi timbunan tanah bersama rangka disyaki manusia.

“Turut dijumpai di lokasi sama ialah serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading