Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS SAMBUT BAIK RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PBB SERU GENCATAN SENJATA DI GAZA

DUNIA

HAMAS SAMBUT BAIK RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PBB SERU GENCATAN SENJATA DI GAZA

Hamas dalam satu kenyataan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pengantara untuk terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan prinsip resolusi “yang konsisten dengan tuntutan rakyat dan perjuangan kumpulan itu,” termasuk gencatan senjata secara kekal di Gaza, pengunduran sepenuhnya tentera Israel, pertukaran tawanan dan tahanan serta pembinaan semula Gaza.

Gambar fail (AFP)

GAZA: Pergerakan Hamas pada Isnin mengumumkan bahawa ia menyambut baik resolusi yang diterima pakai oleh Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan menyokong perjanjian gencatan senjata menyeluruh untuk menamatkan konflik di Gaza, lapor Xinhua.

Hamas dalam satu kenyataan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pengantara untuk terlibat dalam rundingan tidak langsung bagi melaksanakan prinsip resolusi “yang konsisten dengan tuntutan rakyat dan perjuangan kumpulan itu,” termasuk gencatan senjata secara kekal di Gaza, pengunduran sepenuhnya tentera Israel, pertukaran tawanan dan tahanan serta pembinaan semula Gaza.

Pergerakan itu mengulangi komitmennya untuk meneruskan ‘usaha dan perjuangan’ bagi hak rakyat Palestin.

Presiden Palestin turut memuji penerimaan resolusi itu sebagai langkah ke arah yang betul untuk menghentikan konflik yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin WAFA. 

Presiden Palestin juga menyeru semua pihak untuk memenuhi tanggungjawab mereka bagi melaksanakan resolusi itu.

Terdahulu di New York, Majlis Keselamatan PBB pada Isnin meluluskan resolusi yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata menyeluruh dalam tiga fasa untuk menamatkan konflik di Gaza.

Resolusi 2735 diluluskan dengan majoriti besar iaitu 14 undian menyokong dan Rusia berkecuali, menggesa kedua-dua pihak yang terlibat dalam konflik untuk melaksanakan sepenuhnya syarat cadangan tersebut “tanpa berlengah dan tanpa syarat”. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading