PENYASARAN SUBSIDI DIESEL LANGKAH BERANI KERAJAAN TERHADAP KELESTARIAN EKONOMI – PAKAR
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Dr Nur Hairani Abd Rahman menyifatkan keputusan kerajaan itu merupakan satu langkah penting yang tidak berani dilakukan mana-mana pemimpin terdahulu memandangkan ia merupakan isu sensitif tetapi hakikatnya tindakan berani itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi negara untuk jangka panjang.
Gambar kecil dari kiri: Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Dr Nur Hairani Abd Rahman, Prof Dr Abu Sofian Yaacob
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula semalam dilihat berupaya memberi isyarat jelas kepada pelabur dan badan antarabangsa bahawa Malaysia serius terhadap pembaharuan ekonomi serta pengagihan sumber yang lebih cekap, menurut pakar.
Malah Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Dr Nur Hairani Abd Rahman menyifatkan keputusan kerajaan itu merupakan satu langkah penting yang tidak berani dilakukan mana-mana pemimpin terdahulu memandangkan ia merupakan isu sensitif.
Beliau berkata hakikatnya tindakan berani itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi negara untuk jangka panjang.
“Langkah ini dapat membantu mengurangkan defisit bajet dan mengalihkan dana ke sektor ekonomi yang lebih produktif atau menyokong pembangunan sosial negara dengan menyalurkan dana itu kepada sektor-sektor sosial seperti kebajikan, pendidikan dan kesihatan.
“Bagaimanapun kerajaan perlu mengurus peralihan ini dengan berhati-hati untuk mengelakkan reaksi balas khususnya negatif atau ketidakpuasan hati daripada orang ramai, kerana harga bahan api secara langsung (akan) mempengaruhi kos sara hidup,” katanya kepada Bernama.
Nur Hairani berkata pemindahan tunai dan pemberian subsidi bersasar menerusi kaedah fleet card kepada populasi yang paling terdedah adalah langkah yang berupaya mengurangkan impak serta kesan tidak langsung atau luar jangka susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pakar ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan penyasaran subsidi diesel bermula hari ini mungkin satu langkah awal atau projek rintis kerajaan ke arah sesuatu yang lebih besar iaitu rasionalisasi subsidi petrol.
Provos Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata penyasaran subsidi yang hanya melibatkan diesel selain pengecualian kepada Sabah dan Sarawak membuktikan kerajaan berhati-hati dan tidak gopoh dalam pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
“Jadi saya kira ini satu eksperimen, yang hasil atau model pelaksanaannya kerajaan boleh jadikan panduan sekali gus akan punya lebih pengalaman untuk laksanakan penjimatan atau hapus subsidi petrol yang pastinya lebih rumit dengan impak kos lebih tinggi,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi kerajaan berkuat kuasa hari ini sebagai ‘pra-matang’ Barjoyai berkata pada hakikatnya perancangan untuk menghapuskan subsidi petroleum itu sudah ‘tertangguh’ sejak lebih 16 tahun lepas.
“Tak perlu tunggu lagi kononnya bila masa terbaik, kita tidak perlu bersikap idealistik dan menanti sistem serta masa yang terbaik, sebaliknya laksanakan sahaja dahulu dan secara beransur-ansur akan menjadi satu sistem komprehensif serta lengkap,” katanya.
Sementara itu penganalisis ekonomi Asisten Prof Dr Abu Sofian Yaacob berharap syarikat besar yang mungkin terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel agar mempunyai sifat lebih bertanggungjawab memainkan peranan membantu kerajaan.
“Maksud saya bantu kerajaan itu ialah jangan naikkan harga, jangan ambil kesempatan.. Syarikat-syarikat ini sudah ada margin keuntungan mereka sendiri, pada saya sekiranya terdapat pun kenaikan kos, mungkin kurang daripada 30 peratus.
“Jadi boleh kiranya pemain industri berkaitan serap dahulu kos kenaikan itu, kerana untung tetap ada cuma marginnya sahaja berkurang sedikit,” katanya.
Pada masa sama beliau berharap agar penjelasan yang lebih menyeluruh diberi kepada rakyat berkenaan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel terutama mengenai pihak mana atau siapa yang layak dan tidak lagi layak mendapatkan manfaat berkenaan.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mewujudkan badan khas bagi menguruskan secara khusus hal-hal serta aduan berkait pencatutan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Semalam Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan bermula hari ini, harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.
Beliau berkata penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.
Amir Hamzah berkata untuk tempoh seterusnya harga diesel akan diumumkan setiap minggu mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan, dan kerajaan akan terus memantau keadaan bagi mengelak ketidakstabilan harga.
Bagaimanapun penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests