SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MALAYSIA MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah berkenaan Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz, Makkah pada 8.15 malam.
Jemaah yang meninggal dunia Zuraida Mohd Haris (kanan) bersama suami sebelum berangkat ke tanah suci. (Sumber foto: Facebook Mohd Azmil)
MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci semalam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak lima orang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah berkenaan Zuraida Mohd Haris, 37, dari Ampang, Selangor meninggal dunia di Hospital King Abdulaziz, Makkah pada 8.15 malam.
“Allahyarham meninggal dunia disebabkan pendarahan otak sebelah kanan selepas enam hari mendapatkan rawatan.
“Jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram sebelum dikebumikan selepas subuh, 5.07 pagi tadi di Tanah Perkuburan Syuhada Al-Haram,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata lima jemaah haji Malaysia meninggal dunia di sini akibat saluran darah utama pecah, serangan jantung, kegagalan fungsi organ dan pendarahan otak.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci dan TH akan melaksanakan badal haji untuk semua jemaah yang terlibat dengan kos ditanggung melalui Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata sebanyak 56 jemaah haji Malaysia sedang menerima rawatan dengan 13 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, manakala 43 orang di Pusat Rawatan TH Makkah.
“Jemaah yang dimasukkan ke Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi disebabkan oleh masalah berkaitan pernafasan seperti jangkitan kuman pada paru-paru dan lain-lain penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, gangguan emosi (psikiatri) dan sakit otot serta sendi.
“Insya-Allah, Tabung Haji akan merawat pesakit-pesakit ini dengan baik bagi memastikan jemaah haji berada dalam keadaan yang stabil dan kembali pulih,” katanya.
Pada masa yang sama, berbaki empat hari lagi menjelang hari wukuf, beliau mengingatkan jemaah haji agar terus menjaga kesihatan dan tidak terdedah terlalu lama dengan suhu panas di Tanah Suci ketika ini.
“Kita sudah menjangkakan cuaca sepanjang musim haji adalah panas antara 30 hingga 45 darjah Celcius. Oleh itu, jangan terdedah terlalu lama kepada cuaca yang panas. Minum air dengan banyak supaya tidak berlaku strok haba,” katanya.
Mohd Na’im turut mengingatkan kepada jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh petugas Tabung Haji. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests