HARGA IKAN DI TERENGGANU STABIL, PENIAGA PILIH JAGA HATI PELANGGAN
Sikap bertanggungjawab peniaga di Terengganu terserlah apabila mereka tidak ‘sapu rata’ pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menaikkan harga sesuka hati, sebaliknya memilih bersama-sama meringankan beban pengguna.
KUALA TERENGGANU: Sikap bertanggungjawab peniaga di Terengganu terserlah apabila mereka tidak ‘sapu rata’ pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan menaikkan harga sesuka hati, sebaliknya memilih bersama-sama meringankan beban pengguna.
Seorang peniaga ikan di Pasar Payang 1, Abdul Mubin Mohd, 59, berkata tiada sebarang kenaikan harga bagi semua jenis ikan antaranya selayang, kerisi, kembung, tenggiri, merah, jenahak dan selar kerana tahu hasil laut itu tidak dikenakan SST.
Abdul Mubin yang ditemui Bernama berkata harga belian daripada nelayan dan harga jualan di pasar kekal antaranya ikan selayang dijual pada harga RM10 sekilogram (kg), selar (RM12 kg), kembung (RM18 kg), merah (RM35 kg), kerisi (RM16 kg) dan tenggiri (RM35 kg).
“Setakat ini harga ikan macam biasa sahaja, tidak naik atau turun walaupun selepas pelaksanaan SST.
“Harga beli daripada nelayan masih sama, begitu juga dengan harga jualan di pasar. Tidak timbul soal ambil kesempatan kerana setahu saya ikan tidak termasuk dalam barangan peluasan SST,” katanya ketika ditemui di Pasar Payang 1, di sini.
Seorang lagi peniaga ikan, Muhammad Syawal Aluwi Ishak, 40, berkongsi pendapat yang sama bahawa peniaga tidak akan menaikkan harga sesuka hati kerana terikat dengan peraturan dan undang-undang kepenggunaan.
Tidak memikirkan keuntungan semata-mata, dia berkata peniaga juga perlu menjaga kepentingan pelanggan dalam persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif ketika ini.
“Kita tidak akan menaikkan harga ikan atau hasil laut lain termasuk sotong, udang dan ketam sewenang-wenangnya. Sekarang ini peniaga ikan bukan sahaja ada di pasar malah di kedai-kedai tepi jalan.
“Saya rasa peluasan SST tiada kesan kepada harga ikan. Setakat ini harga jualan sama dan tidak ada rungutan dalam kalangan pembeli,” katanya.
Bagi pengusaha kedai makan di Gong Badak di Kuala Nerus, Mawarni Mohamad, 51, dia bersyukur kerana harga ikan, hasil laut dan sayuran-sayuran sama seperti sebelum ini, membolehkannya mengekalkan harga jualan makanan.
“Alhamdulillah, harga ikan masih sama. Kami boleh terus menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan.
“Dalam keadaan ekonomi sekarang, jika harga makanan dinaikkan, pelanggan mungkin akan mengelak, lebih baik untung sedikit yang penting pelanggan berpuas hati dan terus datang lagi,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked