Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUMPULAN MILITAN WARGA BANGLADESH KUMPUL DAN SALUR DANA KEPADA IS DI SYRIA, BANGLADESH – KPN

DALAM NEGARA

KUMPULAN MILITAN WARGA BANGLADESH KUMPUL DAN SALUR DANA KEPADA IS DI SYRIA, BANGLADESH – KPN

KUALA LUMPUR: Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang berjaya ditumpaskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pengumpulan dana dan merekrut ahli bagi menyokong kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria dan Bangladesh.

Sumber: BERNAMA

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu mengutip dana melalui yuran keahlian tahunan sebanyak RM500 seorang serta menerima sumbangan tambahan bergantung kepada kemampuan ahli.

Beliau berkata keahlian kumpulan tersebut dianggarkan antara 100 hingga 150 individu, terdiri daripada warga Bangladesh yang bekerja dalam sektor buruh seperti kilang, pembinaan dan stesen minyak di negara ini.

“Wang yang dikumpul kemudian disalurkan ke luar negara menggunakan aplikasi e-dompet serta perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata proses perekrutan ahli baharu dilakukan melalui platform media sosial serta aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram.–AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading