HARGA PETROL NAIK 5 SEN

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen berkuatkuasa 19 Disember hingga 25 Disember 2020.

Kenaikan itu diumumkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

“Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.03 seliter kepada RM2.08 seliter.

“Harga runcit pertol RON95 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.73 seliter kepada RM1.78 seliter,” jelas Kementerian Kewangan.

Sementara itu harga runcit diesel turut naik iaitu sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter.

Kementeruan Kewangan memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. — AlHijrah Online

Leave a Reply