Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUN RAHAH MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

TUN RAHAH MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Balu kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Mohamed Noah meninggal dunia hari ini.

Pemergian allahyarham dimaklum anaknya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” kata Najib menerusi laman Facebooknya.

Tun Rahah sebelum ini dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menziarahi Allahyarham Tun Rahah semalam.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa ahli politik turut sama meluangkan masa melawat Tun Rahah di hospital semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading