HEBAHAN KEHILANGAN KANAK-KANAK DI MEDIA SOSIAL PERLU DILAKUKAN DENGAN WASPADA – BUKIT AMAN
Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.
KUALA LUMPUR: Hebahan melalui media menerusi aplikasi antaranya Facebook dan WhatsApp mengenai kehilangan kanak-kanak sememangnya dapat membantu pihak berkuasa, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi menjaga keselamatan kanak-kanak dan keluarga yang terlibat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ibu bapa atau orang ramai yang ingin membuat hebahan kanak-kanak hilang perlu menggunakan platform yang betul.
Beliau berkata ibu bapa terlebih dahulu perlu membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan hebahan dibuat oleh pihak polis melalui sistem hebahan yang mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang khusus untuk memastikan maklumat kanak-kanak disebar luas dengan mekanisme yang betul.
“Hebahan kanak-kanak hilang perlu mengikut SOP yang digariskan polis bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan ahli keluarga tidak terancam dan disalahgunakan.
“Hebahan hanya akan dibuat dengan kebenaran bertulis ibu bapa setelah siasatan mendapati tiada melibatkan unsur-unsur tebusan dan ancaman,” katanya kepada Bernama.
Abd Jalil berkata hebahan juga hanya memaparkan butir-butir yang terhad seperti gambar kanak-kanak yang hilang, nama, nombor laporan selain nama dan nombor telefon pegawai penyiasat.
Menurutnya polis dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat turut membangunkan sistem amaran awal kanak-kanak hilang yang dikenali sebagai “National Urgent Response Alert” (NUR Alert ) bagi membuat hebahan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang dilaporkan hilang.
“Hebahan melalui NUR Alert hanya akan dibuat oleh pasukan petugas yang diluluskan oleh polis seperti pihak Facebook, bank, syarikat telekomunikasi yang sehingga kini berjumlah 41 ahli petugas daripada pelbagai agensi,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata tindakan menguar-uarkan kehilangan anak mereka melalui kaedah media sosial merupakan cara yang cepat untuk menyebarkan maklumat dan mengajak orang ramai membantu mengesan anak yang hilang itu.
“Tetapi adalah dinasihatkan juga laporan polis turun dibuat dengan segera agar pihak polis mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin, ibu bapa juga perlu mendapatkan nasihat daripada polis mengenai apa maklumat yang boleh didedahkan kepada orang ramai bagi mencari anak mereka,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager