Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAPATAN SEMAKIN BAIK, PENERIMA ZAKAT MOHON HENTI BANTUAN

DALAM NEGARA

PENDAPATAN SEMAKIN BAIK, PENERIMA ZAKAT MOHON HENTI BANTUAN

SHAH ALAM: Seorang penerima zakat di Selangor baru-baru ini menghantar permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) agar bayaran zakat kepadanya dihentikan.

Ia kerana individu tersebut menjelaskan, pendapatan beliau kini semakin baik dan mampu untuk menanggung keluarga.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, LZS memaklumkan individu itu turut menyatakan terdapat pihak yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau.

“Seperti biasa, LZS akan membuat semakan semula setiap tahun untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan, sama ada perlu buat penambahan bantuan terhadap mereka sekeluarga atau tidak.

“Tapi alangkah terkejut kami, apabila dimaklumkan sendiri oleh beliau bahawa beliau ingin keluar daripada Zakat Selangor kerana beliau sudah stabil dan menyatakan ada yang lebih layak menerima zakat berbanding beliau.

“Melihat dari perwatakan beliau, sangat rendah diri dan jujur orangnya kerana tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf dahulu.

“Semoga Allah permudahkan dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang beliau tunjukkan. Moga menjadi teladan buat kita semua,” kongsi LZS di Facebook hari ini.

Perkongsian LZS itu mendapat reaksi positif daripada warga net yang rata-rata memuji tindakan murni individu tersebut. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading