Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HORMAT SETIAP AGAMA, JANGAN JADIKAN BAHAN EJEKAN – JAKIM

DALAM NEGARA

HORMAT SETIAP AGAMA, JANGAN JADIKAN BAHAN EJEKAN – JAKIM

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diingatkan untuk sentiasa menghormati dan tidak mempersendakan agama lain.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama diingatkan untuk sentiasa menghormati dan tidak mempersendakan agama lain.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan, tulisan, perbuatan, mahupun di platform media sosial.

“⁠Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia MADANI menekankan nilai hormat-menghormati, toleransi, serta kesejahteraan bersama.

“Sikap memperlekeh atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat,” katanya.

JAKIM mengingatkan semua pihak agar menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan, mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan atau perlakuan yang boleh menyinggung kepercayaan agama lain serta menghormati kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Sirajuddin, Islam sebagai sebuah agama yang menyuburkan kesejahteraan dan keharmonian telah mengajar kita melalui firman Allah dalam Surah Al-An’am, ayat 108 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Oleh itu JAKIM menyeru semua pihak sentiasa mengamalkan sikap saling memahami dan bertoleransi.

Prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini.

Sebelum ini tular video penyampai sebuah radio swasta yang didakwa menari seolah-oleh mempersedakan agama Hindu dan menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan masyarakat berbangsa India di Malaysia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading