Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN WARGA EMAS DIPERCAYAI DIBUNUH ANAK AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP

DALAM NEGARA

KEMATIAN WARGA EMAS DIPERCAYAI DIBUNUH ANAK AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP

ALOR SETAR: Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad lepas, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Suspek dipercayai terlibat kes kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar.

ALOR SETAR: Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad lepas, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata punca kematian itu diperoleh hasil daripada proses bedah siasat yang selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

“Polis telah merampas satu tukul besi serta sehelai kain pelikat. Jenis bahan bakar yang digunakan pula hanya dapat dipastikan setelah laporan kriminalistik diperoleh daripada Jabatan Kimia.

“Sampel dihantar ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan toksikologi manakala barang kes pula dihantar ke Jabatan Kimia Kedah untuk kriminalistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 68 tahun ditemukan maut dengan kesan terbakar, dipercayai dibunuh anak lelakinya berusia 43 tahun yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) mental, selepas mereka bertengkar.

Lelaki itu telah direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading