Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HORMATI KEPUTUSAN TURKI: ERDOGAN

DUNIA

HORMATI KEPUTUSAN TURKI: ERDOGAN

Foto Anadolu Agency

ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan meminta masyarakat dunia menghormati kebimbangan Turki mengenai isu keselamatan dan menyokong projek republik itu memastikan kepulangan pelarian Syria dengan selamat.

Bercakap di mesyuarat dengan pegawai-pegawai sebuah persatuan bolasepak di Istanbul, Erdogan dipetik agensi berita Anadolu sebagai berkata, “jika dunia tidak menyokong usaha Turki memastikan keselamatan pelarian Syria untuk pulang, maka Turki tiada pilihan selain membuka sempadan ke Eropah”.

Mengulangi matlamat Turki mewujudkan zon selamat adalah untuk mencegah serangan kumpuan pengganas YPG/PKK dan Daesh dari Syria, Erdogan berkata, “matlamat kami telah dicapai”.

Erdogan juga menegaskan tarikh akhir ditetapkan minggu ini supaya kumpulan pengganas YPG/PKK berundur dari timur laut Syria.

Jika mereka tidak berundur dalam tempoh 150 jam yang ditetapkan, maka Turki akan membersihkan kawasan itu, tegas Erdogan.

Selasa lalu, Ankara dan Moscow mencapai persetujuan di mana pengganas YPG/PKK akan berundur hingga 30 kilometer dari selatan sempadan Turki-Syria dalam tempoh 150 jam, sebelum pasukan keselamatan kedua-dua negara itu akan membuat rondaan bersama.

Turki melancarkan Operasi Peace Spring pada 9 Oktober lalu untuk menghapuskan pengganas dari timur laut Syria di timur Sungai Euphrates untuk memastikan keselamatan sempadannya, membantu kepulangan pelarian Syria dan memastikan integriti wilayahnya.

PKK dan YPG disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah dan bertanggungjawab atas kematian lebih 40,000 mangsa, termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi, dalam tempoh 30 tahun kempen keganasannya ke atas Turki. – Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading