Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT PENGARAH FILEM PITT HANIF DITEMUKAN

DALAM NEGARA

MAYAT PENGARAH FILEM PITT HANIF DITEMUKAN

LIPIS: Mayat pengarah filem dan drama, Firdaus Hanif atau Pitt Hanif, 43, ditemui pada jam 4.25 petang tadi selepas dilaporkan hilang semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang pada jam 4.25 petang tadi.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

“Penemuan mayat mangsa ini menamatkan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang ditamatkan pada jam 5 petang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari semalam, mangsa bersama rakannya sedang memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchor Mela, di sini sebelum bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik.

Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri, namun pengarah yang dikenali dengan panggilan Pitt Hanif hilang dalam kejadian tersebut.

Pitt Hanif yang juga anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi itu difahamkan berada di daerah ini untuk penggambaran sebuah filem sejak dua bulan lalu. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading