Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HOSPITAL MEDAN MALAYSIA MULA BEROPERASI DI TURKIYE

DALAM NEGARA

HOSPITAL MEDAN MALAYSIA MULA BEROPERASI DI TURKIYE

Hospital Medan Malaysia (HMM) melalui Op Starlight 2, telah memulakannya operasinya di Turkiye hari ini mengikut perancangan.

ADIYAMAN: Hospital Medan Malaysia (HMM) melalui Op Starlight 2, telah memulakannya operasinya di Turkiye hari ini mengikut perancangan.

HMM dengan kekuatan 106 pegawai dan anggota beroperasi di Celikhan, Adiyaman, iaitu kawasan paling teruk terjejas akibat gempa.

HMM yang dikelola Angkatan Tentera Malaysia itu, turut berkongsi di Facebook MyJointForce telah menerima pesakit pertama yang merupakan penghidap athma.

Panglima Angkatan Bersama yang juga peneraju Op Starlight 2, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom berkata, operasi Hospital Medan akan memberi khidmat perubatan kepada mangsa gempa bumi serta menawarkan perkhidmatan bagi tahap 1 dan 2 termasuk prosedur pembedahan.

Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi.

Sebelum ini HMM menerusi Op Starlight 1 telah dilaksanakan di Cox Bazar, Bangladesh pada 2018 bagi membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang lari ke Bangladesh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading