Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN CECAH 100MM ANTARA PUNCA BANJIR DI MELAKA

DALAM NEGARA

HUJAN CECAH 100MM ANTARA PUNCA BANJIR DI MELAKA

Hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari menjadi antara punca bencana banjir di Melaka terutama di Jasin.

MELAKA: Hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari menjadi antara punca bencana banjir di Melaka terutama di Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bacaan tersebut diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lepas.

“Hujan berterusan itu menyebabkan peningkatan air sungai yang melimpah ke tebing sehingga menyebabkan banjir di kawasan sekitar.

“Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur-ansur ke laut.

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka sehingga esok.

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8 malam tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading