KWSP UMUM DIVIDEN 5.35% UNTUK KONVENSIONAL, 4.75% SHARIAH
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion.
SHAH ALAM: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.35 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan turut mengumumkan dividen 4.75 peratus untuk simpanan shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion bagi 2022.
Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk 2022 sebanyak RM51.14 bilion.
Amir Hamzah berkata pulangan yang kompetitif ini sebahagian besarnya dipacu oleh strategi KWSP yang menekankan kepada kemampanan jangka panjang pelaburan dan pulangan, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP.
“Portfolio KWSP yang pelbagai dan kecairan yang sihat membantu mengurangkan risiko dan membolehkannya untuk mengekalkan aset pelaburan melebihi RM1 trilion dan mengisytiharkan kadar dividen yang baik untuk 2022.
“Pembayaran sebanyak RM51.14 bilion ini akan memanfaatkan lebih daripada 15 juta ahli KWSP, termasuk ahli daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif,” katanya dalam taklimat media mengenai prestasi kewangan KWSP pada 2022 di sini hari ini.
Amir Hamzah berkata beliau percaya dividen ini serta pengukuhan prestasi KWSP yang berterusan akan memberi manfaat kepada simpanan persaraan ahli, terutamanya apabila dilihat daripada aspek jangka panjang.
“Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami akan terus mengutamakan kejayaan jangka panjang portfolio pelaburan kami dan membina semula simpanan persaraan ahli,” katanya.
Setakat 31 Dis 2022, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lembab.
Menurutnya tahun kewangan 2022 menyaksikan pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, ditambah dengan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama untuk mengekang tekanan inflasi.
“Pasaran pendapatan tetap juga gagal mencatatkan prestasi yang baik apabila indeks bon merekodkan pulangan negatif untuk tahun yang sama, sebahagian besarnya disebabkan oleh hasil bon yang tinggi berikutan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang berterusan.
“Ketidakstabilan geopolitik juga merupakan faktor utama mempengaruhi pergerakan pasaran, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah melonjakkan harga komoditi, ditambah pula dengan pergolakan antara AS dan China,” katanya.
Pada 2022, kelas aset ekuiti menyumbang RM30.54 bilion atau 55 peratus daripada jumlah pendapatan kasar KWSP, lebih rendah berbanding RM41.06 bilion yang dicatatkan pada 2021.
Ekuiti tersenarai asing, yang mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 9.27 peratus terus menjadi pemacu pulangan untuk kelas aset ini.
“Portfolio ekuiti persendirian juga menunjukkan prestasi kukuh, mencatatkan ROI sebanyak 13.65 peratus.
“Portfolio ini merekodkan pendapatan pelaburan kasar yang lebih rendah berbanding 2021, sebahagian besarnya disebabkan oleh penilaian aset pendasar yang lebih rendah, selain daripada pengagihan lebih rendah yang diterima untuk 2022,” katanya.
Amir Hamzah berkata bagi memastikan kesihatan portfolio jangka panjang, KWSP mengambil langkah berhemat dengan menurunkan RM3.43 bilion daripada nilai portfolio ekuiti tersenarai pada 2022, lebih tinggi daripada RM1.15 bilion yang dicatatkan pada 2021, sejajar dengan turun naik pasaran ekuiti.
Sebanyak 74 peratus daripada jumlah itu adalah daripada kaunter patuh Syariah yang mencatatkan prestasi rendah, seterusnya memberi kesan kepada prestasi simpanan shariah KWSP bagi tahun berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests