Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUKUMAN NAJIB DIBENARKAN TANGGUH

DALAM NEGARA

HUKUMAN NAJIB DIBENARKAN TANGGUH

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan setelah mengekalkan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat penangguhan hukuman sama seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin, dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Ia selepas beliau didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading